Prinsip pertama Rukunegara iaitu ’Kepercayaan kepada Tuhan’ adalah prinsip yang menjadi teras kepada pembangunan insan, masyarakat, dan negara merangkumi peningkatan kualiti jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Asas inilah yang menjadi pendorong kuat kepada kejayaan dan kecemerlangan manusia dalam kehidupannya.