Walaupun agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah masalah yang menyangkut hubungan peribadi manusia dengan Tuhan yang dipercayainya, namun nilai-nilai mulia yang diajarkan agama itu seharusnya dapat mengembangkan sikap saling menghormati serta kebebasan melaksanakan ibadah sesuai dengan agama dan kepercayaannya masing-masing.
Namun, kita berasa bimbang terhadad trend penghinaan terhadap kesucian agama Islam seperti kes Alvin dan Vivian yang mempersendakan amalan puasa umat Islam. Perbuatannya itu mendapat kecaman bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah masyarakat bukan Islam juga. Ini mebuktikan bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini juga tidak merestui sebarang sikap ekstrem yang cenderong menghina ibadat atau amalan agama orang lain.
Kes Alvin dan Vivian adalah satu contoh kejahilan terhadap sensitiviti penganut agama Islam. Kita berasa bimbang dengan trend tidak sihat ini yang boleh mengeruhkan perhubungan antara kaum dan agama di negara ini. Beberapa kes penghinaan terhadap agama Islam sejak akhir-akhir ini jelas menujukkan wujudnya segelintir rakyat di negara ini yang tidak menunjukkan sikap dan rasa sensitif terhadap perasaan penganut agama lain.
Justeru, sudah sampai masanya Malaysia mencontohi Pakistan yang telah mewujudkan undang-undang mengiha agama pada 2010. Kita yakin dengan adanya undang-undang seperti itu maka maruah dan kesucian Islam akan dapat dilindungi dan dibela. Mereka yang sewanang-wenangnya secara sedar menghina apa jua berkaitan dengan akidah dan amal ibadah umat Islam mesti didakwa mengikut undang-undang terbabit. - BH 25 Julai 2013