Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan. Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.
Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya. Hasil pertanian dan hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri kecil dan sederhana.
Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat. Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.
2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.
(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.
Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.
(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.
Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.
Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.
3. Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)
Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular. Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.
Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan. Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.
Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.
4. Membuat Kerja Digital – Pekerja Digital
Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian). Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat. Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.
Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online). Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya. Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.
Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital. Secara umumnya, tiada prasyarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.
5. Wujud peluang pekerjaan
Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan.
Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan sebagainya.
Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha-usaha yang boleh diambil.
Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda.
Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja
Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak
Kurangkan pergantungan kepada orang tengah
Eksport hasil padi ke luar negara