Telah banyak pembaharuan dan penambahbaikan telah dilakukan dalam perkhidmatan awam kita namun kita sering kali mendengar beberapa komen, rungutan dan cadangan agar prestasi perkhidmatan awam dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Kepimpinan tertinggi Negara ini juga sentiasa memberikan ingatan kepada penjawat awam agar berusaha mengurangkan karenah birokrasi; membanteras rasuah dan salah guna kuasa; melayani pelanggan dengan cara berhemah, berbudi-bahasa dan bersopan-santun; mempunyai sikap ingin membantu dan menolong; mempercepatkan proses membuat keputusan; serta meningkatkan integriti anggota-anggota perkhidmatan.
Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap juga perlu, bagi memenuhi tuntutan rakyat dan masyarakat perniagaan yang terus meningkat.
Penjawat awam bukan hanya memberi khidmat, malah juga penerima khidmat. Dalam urusan seharian, kadang kala kita sendiri berurusan dengan jabatan dan agensi Kerajaan. Kalau kita mahukan perkhidmatan yang cekap, kita harus terlebih dahulu memberikan perkhidmatan yang sama.
Apabila secara kolektif kita meningkatkan tahap perkhidmatan, manfaatnya akan dinikmati oleh kita juga. Sehubungan itu, marilah penjawat awam membuat suatu perubahan yang positif bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih efisien, profesional dan cemerlang.
Setakat ini, realitinya rakyat dan para pelanggan masih memandang sistem perkhidmatan awam negara ini merimaskan; dikongkong birokratik; tidak berorientasikan pelanggan walaupun terdapat Piagam Pelanggan; dan urusan pemproses yang lembap di kebanyakan jabatan dan agensi Kerajaan.
Pihak Biro Pengaduan Awam juga melaporkan bahawa antara rungutan dan aduan paling kerap yang dilaporkan oleh orang ramai ialah terhadap jabatan dan agensi Kerajaan yang tidak memaklumkan status sesuatu permohonan yang telah dihantar. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, dan perlu diberi perhatian yang serius.
Selain itu, Ketua-ketua serta pegawai-pegawai kanan di jabatan dan agensi Kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk mengenal pasti, menilai dan mengkaji semula amalan-amalan masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing. Ini termasuk mengkaji semula sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan, serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.
Untuk itu adalah amat wajar sekiranya penggunaan ICT dimaksimumkan. Penggunaanya yang bersesuaian berupaya memberi manfaat dalam meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan. Sistem dan aplikasi ICT yang dibangunkan berupaya memendekkan masa penyampaian perkhidmatan, mudah dan sentiasa boleh dicapai oleh pelanggan serta tidak membebankan semua peringkat pengguna dengan mengambil kira perkhidmatan utama yang boleh disampaikan melalui ICT berpandukan kehendak dan ekspektasi pelanggan.
Dalam masa yang sama, Ketua-ketua jabatan dan agensi perlu rajin ‘turun ke padang’ serta memantau usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi memastikan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan adalah menyeluruh dan meluas hingga ke akar umbi.
Untuk mencapai tahap kecemerlangan sesebuah agensi sebenarnya bukan bergantung pada kecekapan segelintir warganya sahaja. Sebaliknya ia memerlukan semua warganya bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Oleh itu, adalah penting setiap warga penjawat awam sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan diri masing-masing di dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Oleh yang demikian adalah amat penting setiap dari kalangan kita memberikan komitmen penuh ke atas semua perancangan serta pelaksanaan program latihan yang telah disediakan.
Dalam masa yang sama kita perlu berusaha berterusan menimba ilmu selaras dengan dasar Kerajaan yang menekankan falsafah pembelajaran sepanjang hayat atau life-long learning, sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
Antara cabaran utama bagi warga perkhidmatan awam pada hari ini, adalah untuk menukar cara bekerja dari menjalankan tugas-tugas yang rutin kepada peranan yang lebih besar sebagai Knowledge Workers, yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru, mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, dan berani membuat pertimbangan dan keputusan, serta sanggup menghadapi risiko.
Untuk itu kata-kata hikmah daripada Imam Ghazali, “Manusia akan dihormati bukan kerana kekuatan dirinya, tetapi kerana ilmunya,” seharusnya terpahat kukuh di sanubari kita.
Peralihan kepada cara bekerja yang lebih mencabar ini, sudah tentu memerlukan kemahiran dan pengetahuan baru.
Antara kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan anggota perkhidmatan awam ialah kemampuan untuk mengolah atau menganalisis maklumat. Kemahiran ini akan membolehkan kita bertindakbalas dengan lebih yakin, tegas dan cepat, selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di sekitar kita.
Perubahan ke atas pendekatan dan cara bekerja ini sudah tentu memerlukan kesediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi yang lebih penting adalah kesediaan dari segi mental.
Dalam era ICT masa kini, data, fakta dan pengetahuan begitu cepat menjadi lapuk. Maka kemahiran perlu sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan untuk memastikan kemahiran yang ada, sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.
Selain itu, adalah penting bagi penjawat awam membina keazaman untuk terus menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, agar perkhidmatan awam terus berada di hadapan, serta memberi hala tuju kepada rakyat dan Kerajaan ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara.
有很多更新和改進取得了公共服務我們但我們經常聽到一些評論,投訴或提出建議,使公共服務績效進一步提高到一個更高水準。這個國家的最高領導也總是向公務員,力求減少官僚; 提供足夠的記憶體打擊腐敗和濫用權力;服務客戶,與審慎,優雅的方式語言和舉止;有一種想要説明和協助; 態度加快決策過程;和提高服務的成員的完整性。公共服務交付系統有效地是必不可少的以確保順利和有效地執行國家發展政策和戰略。高效的服務交付系統也是必要的為了滿足不斷增加的人和商業社會的需求。公務員是服務,也是服務的收件者。在常式,有時我們自己處理與政府部門和機構。如果我們想要高效的服務,我們必須首先提供相同的服務。當集體我們提高服務水準時,會享有利益由我們一樣好。在這方面,讓公務員作出積極的改變來提高要更高效、 專業、 優質的公共服務保障體系。到目前為止,現實的人與客戶仍然查看這個國家系統的公共服務 merimaskan;發生在官僚機構;不客戶包機; 雖然有和緩慢處理器在大部分政府部門和機構。公共投訴局還報告說,其中最常報告的市民的不滿是針對政府部門和機構不通知提交的應用程式的狀態。這些東西不能被誇大,並應予以嚴重關注。此外,主管和高級官員在政府部門和機構需要改善努力發掘、 評估和審查當前的做法,以改善服務提供系統。這些包括審查制度和現有的工作程式、 法律和法規適用、 設備及使用的設備,該組織成員履行其職責的技能級別。因為它是非常可取的如果最大化的資訊和通信技術的使用。適當的説明能夠受益于提高服務交付系統的性能。資訊和通信技術系統和應用程式開發了能夠縮短服務交付,容易,總是可以通過用戶端以及缺乏所有級別的使用者可以通過資訊和通信技術提供的主要服務都基於客戶的期望和要求。Dalam masa yang sama, Ketua-ketua jabatan dan agensi perlu rajin ‘turun ke padang’ serta memantau usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi memastikan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan adalah menyeluruh dan meluas hingga ke akar umbi.Untuk mencapai tahap kecemerlangan sesebuah agensi sebenarnya bukan bergantung pada kecekapan segelintir warganya sahaja. Sebaliknya ia memerlukan semua warganya bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.Oleh itu, adalah penting setiap warga penjawat awam sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan diri masing-masing di dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.Oleh yang demikian adalah amat penting setiap dari kalangan kita memberikan komitmen penuh ke atas semua perancangan serta pelaksanaan program latihan yang telah disediakan.Dalam masa yang sama kita perlu berusaha berterusan menimba ilmu selaras dengan dasar Kerajaan yang menekankan falsafah pembelajaran sepanjang hayat atau life-long learning, sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.Antara cabaran utama bagi warga perkhidmatan awam pada hari ini, adalah untuk menukar cara bekerja dari menjalankan tugas-tugas yang rutin kepada peranan yang lebih besar sebagai Knowledge Workers, yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru, mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, dan berani membuat pertimbangan dan keputusan, serta sanggup menghadapi risiko.Untuk itu kata-kata hikmah daripada Imam Ghazali, “Manusia akan dihormati bukan kerana kekuatan dirinya, tetapi kerana ilmunya,” seharusnya terpahat kukuh di sanubari kita.Peralihan kepada cara bekerja yang lebih mencabar ini, sudah tentu memerlukan kemahiran dan pengetahuan baru.Antara kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan anggota perkhidmatan awam ialah kemampuan untuk mengolah atau menganalisis maklumat. Kemahiran ini akan membolehkan kita bertindakbalas dengan lebih yakin, tegas dan cepat, selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di sekitar kita.Perubahan ke atas pendekatan dan cara bekerja ini sudah tentu memerlukan kesediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi yang lebih penting adalah kesediaan dari segi mental.Dalam era ICT masa kini, data, fakta dan pengetahuan begitu cepat menjadi lapuk. Maka kemahiran perlu sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan untuk memastikan kemahiran yang ada, sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.Selain itu, adalah penting bagi penjawat awam membina keazaman untuk terus menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, agar perkhidmatan awam terus berada di hadapan, serta memberi hala tuju kepada rakyat dan Kerajaan ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara.
正在翻譯中..