Kaedah Kajian
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik.Oleh itu,saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini.Berikut adalah:-
1)Soal selidik
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memerhati pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Contohnya ialah pertanian,perguruan,perniagaan dan penternakan.
2)Pemerhatian
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memberi borang soal selidik kepada 20 orang responden dan member mereka masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya.Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran
3)Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk menjayakan kerja khusus ini seperti http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geografi-pmr-2010/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87 .Selain itu saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 1 untuk memudahkan saya membuat kajian ini.