Selain itu, terdapat media massa yang boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa. Terdapat beberapa buah rancangan televisyen yang bercorak hiburan semata-mata dan menjadi kegilaan golongan remaja. Program-program seperti ini tidak berfaedah kerana tidak dapat merangsang perkembangan minda dan kemahiran golongan remaja. Terdapat juga program drama yang tidak realistik tetapi tetap diminati oleh golongan remaja kerana ia mengisahkan cerita cinta golongan remaja. Oleh itu, pihak pengurusan televisyen sewajarnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata dalam menyiarkan sesuatu program di televisyen tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap golongan remaja.