Ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab menjayakan usaha murni ini. Mereka akan menjadi "role model" kepada anak-anak. Segala perilaku ibu bapa akan dicontohi sama ada yang baik ataupun sebaliknya. Hal ini demikian kerana mereka merupan berjiwa patriotik akan sentiasa mengingatkan anak-anak akan pentingnya mencintai negara. Kita tidak ada tanak air yang lain. Jika negara huru-hara, tiada tempat lain yang kita boleh tuju. Jadi peliharalah keamanan dan kehaomoian negara ini. Ibu bapa harus menghantar anak ke sekolah yang terdapat pelbagai kaum. Di sana biarlah anak bercampur gaul dengan anak-anak orang lain yang seusia dengan mereka. Dari sinilah generasi muda pelajar bermasyarakat dan hidup bersama di bawah satu bumbung.