Dia tahu masalah Mir.Rumah Mir di tepi pandai telah dirobohkan . Rumah Mir yang buruk dan mahu tumbang itu akan digantikan dengan rumah peranginan yang cantik . Mir tidak berhak tuntut apa-apa kerana tanah itu bukan milik mutlak Mir.Milik mutlak Mir hanyalah rumah papan panjang berderet yang akan dikongsi dengan jiran-jiran Mir nanti .
"Mir , cuti semester ini kau ikut aku pulang ya?" Hakimah menyentuh bahu Mir.Rambut Mir yang panjang dibelai-belainya . Ada simpati yang luruh di celah-celah harum rambut itu .
"Biar aku tinggal sahaja di samudera itu. Ia bukan milik sesiapa." Mir terus sahaja bersuara . Matanya tetap merenung jauh . Pandangan itu menjangkau angin , bukit dan pokok-pokok hijau di kampus itu .
Dia seperti ternampak susuk tubuh kurus ayah meredah gelombang samudera itu . Samudera itulah yang bergulat dalam diri ayah sejak dulu . Sekarang pun , samudera itulah juga yang wujud dalam diri ayah . Ya ,sekarang pun .