MOHMED ASRI: Pengambilan pelatih ini merupakan transformasi kedua yang kita buat dalam PLKN 2.0. Pengambilan pelatih ini, kita telah buat beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan. Hasilnya, kementerian telah memperakukan kepada kita lebih 64,000 orang, walaupun kita pilih 20,000 orang sahaja bagi pengambilan permulaan PLKN 2.0 pada 2016. Kaedah pemilihan itu dibuat menerusi kaedah engagement (perjumpaan dan perbincangan) antara pihak sekolah dengan pelatih. Kita tidak buat pemilihan secara rawak seperti sebelum ini. Kalau buat secara rawak, ada orang tak minat, tak sihat dan macam-macam lagi. Tetapi sekarang ini, orang minat, orang sihat dan akademiknya sesuai.