Institut Kajian Etnik (KITA) telah ditubuhkan secara rasmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Oktober 2007, bersamaan tarikh perlantikan Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin sebagai Pengarah Pengasasnya.
KITA merupakan satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang sepenuhnya memfokuskan kajian terhadap ‘etnik’ dan ‘etnisiti.’ Walaupun orientasi akademiknya bersifat ‘kajian tematik,’ namun KITA didukung kuat oleh orientasi ‘kajian disiplin’ dan ‘kajian wilayah,’ justru itu KITA menggalakkan kegiatan silang-disiplin yang melibatkan tiga sektor utama masyarakat, iaitu, sektor awam, sektor swasta dan sektor komuniti. Makanya KITA melaksanakan kegiatannya dengan menggunakan pendekatan ‘inclusivist.